Pelakon Zara Zya menegaskan dia akan terus meniaga selagi mampu.

Menurut Zara, dia akan membuktikan produk keluarannya bagus yang bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata.

Perkongsian itu dikongsi menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, baru-baru ini.

"Cantik kan @alhaalfa make up? Thanks dato untuk kata-kata semangat harini.

"Ye betul sakit perit kita tak siapa tau. Jatuh bangun kita pun, takde siapa yang nak tau.

"Ye terima kasih sangat-sangat untuk semua yang tak putus beri kata semangat pada saya.

"Saya akan terus meniaga. Selagi saya mampu.

"Saya akan buktikan produk saya bagus, bukannnya sekadar menjual dan nak dapat untung je," kata Zara.

Tambah Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia mendedahkan golongan yang tidak berpuas hati itu belum pernah mencuba produknya.

"Korang boleh cuba sendiri, kebanyakan yang mengata tapi tak pernah beli pun.

"Satu benda saya belajar harini, kita kena ikhlas dalam apa jua yang kita buat termasuklah perbuatan dan percakapan," tulisnya lagi.

Terdahulu, Zara menerima kiriman mesej hinaan daripada individu tidak dikenali yang tidak berpuas hati dengan perniagaan yang baru dikendalinya.

Tidak cukup dengan kata-kata cacian, keluarga Zara turut terkena tempias.

❤️ Cantik kan @alhaalfa make up? ☺️ thanks dato untuk kata2 semangat harini. Ye btl sakit perit kita tak siapa tau. Jatuh bangun kita pun,takde siapa yg nak tau. Ye terima kasih sangat2 utk semua yg tak putus beri kata semangat pada saya. . . Saya akan terus meniaga. Selagi saya mampu ?? . Saya akan buktikan produk saya bagus, bukannya sekadar menjual dan nak dpt untung je. Korang boleh cuba sendiri, kebanyakan yg mengata tapi tak pernah beli pun. Satu benda saya belajar harini, kita kena ikhlas dalam apa jua yg kita buat termasuklah perbuatan dan percakapan. . . @zarazyahq.beauty #trimzshotbyzarazya #trimzshot #setulusikhlas

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on