"Saya Akan Teruskan Hidup Saya Tanpa Aliff!" - Bella Astillah

Amri Hassan
Mei 14, 2019 08:03 MYT
Isteri kepada pelakon kontroversi Aliff Aziz, Bella Astillah akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa suami.
Mengumumkan perkara itu menerusi akaun Instagramnya hari ini, Bella akui perkara tersebut sukar baginya.
"Assalamualaikum. Terima kasih atas pandangan dan pendapat anda mengenai perkahwinan saya, ia tak mudah tetapi saya tahu ada antara kalian yang punyai niat baik.
"Manakala, ada juga segelintir yang melabelkan saya insan paling bodoh dalam dunia apabila cuba mempertahankan rumah tangga saya yang kian retak.
"Saya mengambil kira pelbagai perkara secara mental dan fizikal, yang akhirnya memutuskan untuk meneruskan hidup saya tanpa Aliff, seandainya mahu memberikan yang terbaik buat anak saya," tulisnya.
Bella juga memohon masyarakat agar berhenti menghubunginya semata-mata untuk bercerita tentang isu yang sedang hangat diperkatakan.
"Saya berharap orang ramai berhenti menghantar kiriman mesej atau menelefon saya untuk bercakap mengenai isu ini.
"Saya memohon anda menghormati keputusan saya dan memberikan saya sedikit ruang untuk melalui situasi ini.
"Terima kasih seikhlas hati," tambahnya.
Nama Aliff Aziz kembali menjadi buah mulut ramai apabila tersebarnya foto intim bersama seorang gadis belasan tahun pagi tadi.
BACA: Aliff Aziz Kantoi Curang 'Check In' Dengan Gadis Rempit 17 Tahun Pula?
Untuk rekod ini merupakan laporan ketiga kes kecurangan membabitkan Aliff yang dilaporkan media.
Kecurangan Aliff membabitkan pelakon Afifah Nasir pertama kali dibongkarkan sekitar hujung tahun 2017 apabila mereka didapati keluar berhibur di sebuah pusat karaoke berdua.
Februari lalu, Aliff didakwa berlaku curang apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose.
Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang berusia 2 tahun.
#Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah