VIRAL
“Saya Akui Khilaf” - Kieda Crepe Mohon Maaf & Dedah Pekerja Selamat dari Jangkitan Herpes
Pihak pengurusan Kieda Crepe House tampil memberikan penjelasan rasmi susulan kebimbangan orang ramai mengenai dakwaan jangkitan Herpes Simplex Type 1 yang dikaitkan dengan premis tersebut.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi mereka, pihak pengurusan memaklumkan bahawa tiada pekerja Kieda Crepe dijangkiti seperti yang tular sebelum ini.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemeriksaan selepas menerima aduan, dan mengisytiharkan bahawa premis kami SELAMAT dan mematuhi piawaian kesihatan.
“Sanitasi menyeluruh telah dijalankan mengikut garis panduan KKM untuk memastikan kebersihan dan keselamatan maksimum,” katanya.
Selepas mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak pengurusan, Kieda turut tampil mengakui kesilapan dalam percakapannya sebelum ini yang secara tidak langsung mencetuskan salah faham dalam kalangan warganet.
Dalam pada, usahawan dan influencer juga meluahkan rasa terima kasih kepada segelintir netizen yang masih memberi nasihat dan sokongan moral untuk dirinya terus maju dalam dunia perniagaan.
“Saya dengan rendah diri mengaku khilaf saya dan memohon maaf atas apa yang terjadi. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bergurau dan memuat naik sebarang content di media social .
Terima kasih untuk kata nasihat dan sokongan untuk saya terus membuat perubahan diri. In sha Allah di Awal Muharam ni moga membuka cerita baru untuk perjalan Kieda Crepe House,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: "Saya Minta Maaf Buat Ramai Tak Selesa" - Kieda Crepe Ambil Tempoh Bertenang, Rehat Dari Media Sosial
BERITA BERKAITAN: Isu Telur Masam, KKM Turun Padang! Kieda Crepe Beri Kerjasama Penuh - “Ada Yang Buat Aduan, Doktor Nak Tengok…”
BERITA BERKAITAN: "Teruslah Membenciku Wahai Dunia" - Kieda Crepe Kongsi Luahan Hati Lagi, Janji Terus Lindungi Ibu
BERITA BERKAITAN: “Cold Sores Bukan Sebab Telur Masam!” – Dr Say ‘Sound’ Pempengaruh Isu Herpes, Tegur Konten Mengaibkan
Must-Watch Video