"Saya Amat Kesal Dengan Kecuaian Ini" - Ingkar PKPP, Anak Mukhriz Mengaku Bersalah

Kamaruddin Razal
Ogos 28, 2020 13:19 MYT
Anak kepada ahli politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ally Mukhriz kesal kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Memberikan respon berkenaan isu terbabit di laman Instagram miliknya, Ally mengaku dirinya cuai malah bersikap tidak bertanggungjawab.
Berikut merupakan kenyataan penuh Ally berkaitan isu tersebut:
Sebelum ini, Mukhriz mengesahkan anak dan menantunya ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar PKPP.
BACA: Langgar 'Curfew' PKPP, Akaun IG Anak Mukhriz Dinyahaktifkan
Memetik laporan Astro Awani, Mukhriz berkata anak dan menantunya bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.
#Ally Mukhriz #Mukhriz Mahathir