“Saya Ambil Masa 7 Tahun” - Ashikin M Akhirnya Hasilkan Kejora! Siap Dapat Pujian U-Wei Haji Saari?
14/06/2022 07:27 MYT
Tambah manis, majlis pelancaran itu juga telah disempurnakan oleh penulis dan pengarah filem negara tersohor iaitu U-Wei Haji Saari dalam suasana yang sarat dengan momen indah dan puitis.
Diterbitkan sendiri oleh Ashikin M, Kejora merupakan buku puisi pertamanya di mana keseluruhan kandungan buku tersebut ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Menurut Ashikin, walaupun ia adalah buku puisi, namun kesemua puisi-puisi di dalam buku tersebut berhubung kait dalam membentuk sebuah ceritera.
“Buku Kejora adalah terbitan sulung buku puisi saya dan menampilkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa.
“Saya mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku Kejora daripada proses pengilhaman, penulisan, penerbitan sehinggalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi Kejora bertemankan komposisi Ayop Azril, seorang komposer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan dalam buku ini,” katanya.
Dilancarkan oleh U-Wei Haji Saari yang turut mendeklamasikan sebuah puisi daripada buku Kejora pada hari pelancaran, beliau menyifatkan naskhah terbaru dari Ashikin M sebagai ‘berani dan amat tepat pada masanya’.
Menurut U-wei, dia berbangga dengan inisiatif Ashikin M dalam penghasilan buku Kejora ini, lebih-lebih lagi ini merupakan buku puisi yang pertama darinya dan ia seratus peratus di dalam Bahasa Malaysia.
“Saya mengucapkan jutaan tahniah buat Ashikin M dan saya yakin perjalanan dan masa depannya di dalam bidang penulisan amat cerah.
“Komuniti penulis negara ini begitu berbangga dengan pencapaiannya,” katanya.
Untuk rekod, Kejora diedarkan oleh Terbitan Langit dan boleh didapati di laman Instagram @terbitanlangit @puisikejora dan @ashmhydn dengan harga RM25.
Untuk maklumat lanjut tentang Ashikin M, anda boleh layari laman sesawang www.ashikinm.com