“Saya Ambil Masa Dua Minggu Untuk Siapkan” - Pelajar USM Ini ‘Lukis’ Gambar Bekas PM Malaysia Menggunakan Google Sheet!
Izwan Isa
17/09/2021 03:55 MYT
17/09/2021 03:55 MYT
Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresikan sisi kreatif masing-masing. Begitu juga dengan seorang pelajar bernama Mohamad Amir Hakimi Rozali yang menjadikan Google Sheet (alternatif kepada Microsoft Excel) sebagai platform untuk ‘melukis’!
Menerusi laman sosial Twitter, Amir berkongsi empat lukisan yang telah dihasilkannya iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Amir, lukisan tersebut mula dijual kepada umum sempena dengan kedatangan Hari Malaysia pada Khamis lalu.
“Sebenarnya, idea untuk menghasilkan lukisan digital di atas Google Sheet ini tercetus sekitar dua minggu lalu, selepas menghasilkan banyak projek Non-fungible Token (NFT) dengan menggunakan Microsoft Excel.
“Saya habiskan sekitar empat hingga lima jam untuk hasilkan satu-satu lukisan. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan dan boleh dijual bermula 16 September lalu, iaitu sempena Hari Malaysia,” katanya kepada Gempak.
Menurut Amir, proses melukis di atas Google Sheet bukanlah satu hal yang mudah. Hal ini kerana, dia perlu memastikan setiap ukuran adalah tepat agar setiap lukisan digitalnya mirip dengan potrait asal.
“Saya tidak menggunakan sebarang aplikasi dan hanya menggunakan gambar asal sebagai rujukan. Sehinggakan saya terpaksa menggunakan pembaris untuk mengukur gambar yang dilukis supaya saiznya sama dengan gambar asal,” ujar Amir sambil tertawa.
Kini menjalani latihan industri di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, pelajar Universiti Sains Malaysia itu berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak lukisan pada masa akan datang.
“Sejujurnya, saya memang minat melukis dan bermain muzik. Ia merupakan hobi saya sejak kecil. Jadi, jika projek ini mendapat sambutan, barangkali saya akan teruskan dengan koleksi yang berbeza.
“Mungkin pada masa akan datang saya boleh mencuba hasilkan lukisan tokoh-tokoh terkemuka yang banyak berjasa pada negara atau pun selebriti terkenal,” katanya lagi.
Setiap lukisan digital hanya dihasil dalam jumlah seunit sahaja dan pembeli bakal menerima lukisan tersebut dalam bentuk JPEG dan juga akan diberi pautan kepada platform Google Sheet berkenaan. Lukisan digital Amir kini dijual di laman https://app.pentas.io/nft/121488.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.