Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Ambil Masa Setahun Untuk Cari Diri Yang Hilang" - Alyph Perjelas Isu Pergelutan Jiwa Dalam Muzik Video

Hanafis Haris 14/12/2020 | 06:20 MYT

Rapper dan penerbit terkenal Alyph tampil menjelaskan persoalan orang ramai berhubung muzik video terbaharunya, Adakah Kau Mendengar? yang seakan menggambarkan pergelutan jiwa dan isu kesihatan mental.

Menurut Alyph, lagu tersebut dihasilkan ketika dia bersendirian menginap di sebuah hotel.

“Ketika itu saya seorang di hotel dan kebetulan waktu tu hujan. Memang ada part yang dihasilkan datang daripada pengalaman sendiri.

“Kalau anda lihat muzik video lagu ni ada gempulan asap dan makhluk yang ditafsirkan sebagai bendasing.

“Perkara itu ditafsirkan sebagai antara yang mengganggu hidup kita sebagai manusia.

“Ada orang kalau dia berdepan dengan masalah, mereka libatkan diri dengan najis dadah dah minuman keras.

“Itu perlambangan yang saya cuba sampai melalui karya kali ini,” katanya.

Menceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya, Alyph menjelaskan mengambil masa setahun untuk mencari dirinya yang ‘hilang’.

“Selama ini, saya sibuk terbitkan lagu untuk orang lain sampaikan saya sendiri tidak tahu arah tuju saya sebagai penyanyi.

“Saya buat muzik tanpa teori tertentu. Saya akan kongsi sahaja apa yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya banyak fokus tolong artis lain untuk berada dalam arus perdana sebelum ini.

“Jadi, sudah tiba masanya saya buat sesuatu untuk diri sendiri. Saya ambil masa sedikit untuk cari balik diri saya,” katanya.

Lagu Adakah Kau Mendengar? boleh didapati di semua platform muzik utama sementara video muzik rasmi boleh ditonton di saluran VEVO ALYPH.

#Viral #rapper #ALYPH
;