Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Anak Buah Kena Ikut Cara Dia..." - Zynakal 'Bocor Rahsia' Tentang Zamani

Asraf Aided
03/01/2022 12:20 MYT
Rapper dan komposer, Zynakal berkongsi perancangan sempena memasuki tahun baru ini.

Menurut Zynakal, antara yang sedang diusahakan adalah pelancaran album penuh dengan 10 buah lagu terbaru.

"Untuk tahun 2022 ini saya merancang untuk melancarkan album, kerana saya masih belum ada album dengan beberapa lagu yang impaknya lebih kurang seperti lagu Sakit sebelum ini.

"Saya buat keputusan untuk tampil dengan album penuh sebab itu memang impian saya, mungkin orang tak cukup puas dengan muzik saya atau tak cukup mengenali saya, jadi itulah antara sebab saya mahu tampil dengan album penuh tahun ini," katanya baru-baru ini.

Mengulas tentang keistimewaan album tersebut, Zynakal 'membocorkan rahsia' apabila memaklumkan bapa saudaranya, penyanyi Zamani merupakan salah seorang artis yang bakal ditampilkan.

"Ramai juga yang tanya, saya dengan bapa saudara saya Zamani tak buat lagu bersama ke? Jadi saya 'spoil' lah sedikit tentang salah satu daripada kejutan dalam album itu, ya, Zamani akan tampil bersama saya," tambahnya.

Bercakap mengenai cara nyanyian bersama penyanyi senior berbakat itu, Zynakal akui dia perlu mengikut keselesaan Zamani.

"Anak buah dia harus ikutlah cara dia, kita kena ikut yang senior, saya bawa cara saya, dia bawa cara dia tapi dalam suasana lagu zaman 90'an seperti zaman mudanya dahulu, saya pun nak memudahkan dia," katanya lagi.
#Penyanyi #Zamani #Zynakal #Anak Saudara #Bapa Saudara
;