Viral
“Saya Anggap Dia Macam Adik…” – Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Isteri Da’i Farhan Kerana Kecewa Ditipu
Seorang wanita yang juga pengasas kosmetik dikenali sebagai Norsiha Aala mengakui membuat laporan polis terhadap isteri Da’i Farhan kerana kecewa ditipu.
Tambahan lagi katanya, Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi merupakan sahabat baiknya malah sudah dianggap seperti adik sendiri.
“Saya buat begitu kerana kecewa dan terkilan kerana hubungan kami sangat rapat…Bahkan saya tak pernah menganggap dia sebagai sahabat sebaliknya, seorang adik.
“Hubungan kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan saya meletakkan kepercayaan penuh kepada dia kerana kami ada beberapa projek bersama.
“Sebab itu apabila ditipu, rasa sangat kecewa dan sedih. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa ni,” katanya.
Menurut Norsiha, dia terpaksa membuat laporan polis atas dakwaan menipu terhadap Dr Erin selepas perbincangan awal antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian.
Norsila mendakwa telah membayar sebanyak RM10,500 kepada Dr Erin namun sehingga tahun lalu tiada sebarang proses mengenai perjanjian dibuat.
Bagaimanapun Norsiha tidak mahu mengulas tentang kes mahkamah kerana masih dalam perbicaraan.
“Saya tak mahu ulas kes mahkamah kerana masih dalam perbicaraan, kita tunggu sahaja keputusannya nanti.
“Nilai kerugian bukanlah isu utama kerana duit kita boleh cari…Cuma saya nak orang ramai sedar dan tak ada lagi yang menjadi mangsa!,” katanya.
Pada Rabu lalu Noorainul Naqim Mohd Radzi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan sijil halal.
Dia didakwa memperdayakan mangsa dengan berjanji untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu tonik cap Orang Kuat yang diusahakan Norsiha.
Norainul yang mendakwa dirinya doktor neurologi dan dikatakan seorang ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018 bertempat di Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula.
Majistret Wong Chia Sia menetapkan tarikh 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: mStar Online