,
Hiburan

"Saya Anggap Dia Seperti Keluarga Sendiri" - Siti Nurhaliza Terkesan Dengan Pemergian Pak Ngah

Kamaruddin Razal
25/09/2018
15:06 MYT
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terkesan selepas mendengar berita pemergian komposer Irama Malaysia terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.
"Saya rasa turut terkesan dengan kehilangan Pak Ngah. Dia seorang pejuang seni budaya terkenal dengan jolokan Bapa Irama Malaysia.
"Dia banyak membantu saya dalam perjalanan karier sebagai penyanyi dan saya dah anggap dia seperti keluarga sendiri. Satu kehilangan yang sangat besar buat industri seni," katanya.
BACA: Pak Ngah Meninggal Dunia
Tambah Siti, Pak Ngah banyak menghasilkan karya terbaik dan berharap agar hasil kerjanya terus dikenang biarpun Pak Ngah sudah tiada.
"Kenangan dan gurau senda Pak Ngah akan sentiasa dalam ingatan saya. Dia adalah insan yang mula-mula bekerjasama dengan saya ketika saya mula menyanyikan lagu tradisional.
"Saya juga ingin menitipkan salam takziah buat keluarga Pak Ngah dan berdoa agar Pak Ngah ditempatkan di kalangan insan terpilih," kata Siti.
Antara karya popular Pak Ngah yang dinyanyikan oleh Siti ialah Cindai, Balqis, Nirmala dan banyak lagi.
Kali terakhir Siti bekerjasama menyanyikan karya Pak Ngah ialah dalam sebuah lagu Raya yang berjudul Hari Kemenangan yang diterbitkan pada dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Judika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert Bersama Siti Nurhaliza - “The Journey Of Sound Akan Menjadi…”

gempak
21/10/2024
13:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Judika mahu ‘membalas dendam’ menerusi konsert The Journey Of Sound yang akan diadakan bersama penyanyi tersohor Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Noraniza Idris Menangis Di Pentas Konsert Qalam

gempak
29/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi legenda yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris atau lebih popular dengan sapaan Kak Ani gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika pertengahan konsert Qalam Noraniza Idris di Panggung Bangsawan, Melaka pada Sabtu.
BorakSeeni