"Saya Anggap Dia Seperti Keluarga Sendiri" - Siti Nurhaliza Terkesan Dengan Pemergian Pak Ngah
Kamaruddin Razal
25/09/2018 15:06 MYT
25/09/2018 15:06 MYT
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terkesan selepas mendengar berita pemergian komposer Irama Malaysia terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.
"Saya rasa turut terkesan dengan kehilangan Pak Ngah. Dia seorang pejuang seni budaya terkenal dengan jolokan Bapa Irama Malaysia.
"Dia banyak membantu saya dalam perjalanan karier sebagai penyanyi dan saya dah anggap dia seperti keluarga sendiri. Satu kehilangan yang sangat besar buat industri seni," katanya.
BACA: Pak Ngah Meninggal Dunia
Tambah Siti, Pak Ngah banyak menghasilkan karya terbaik dan berharap agar hasil kerjanya terus dikenang biarpun Pak Ngah sudah tiada.
"Kenangan dan gurau senda Pak Ngah akan sentiasa dalam ingatan saya. Dia adalah insan yang mula-mula bekerjasama dengan saya ketika saya mula menyanyikan lagu tradisional.
"Saya juga ingin menitipkan salam takziah buat keluarga Pak Ngah dan berdoa agar Pak Ngah ditempatkan di kalangan insan terpilih," kata Siti.
Antara karya popular Pak Ngah yang dinyanyikan oleh Siti ialah Cindai, Balqis, Nirmala dan banyak lagi.
Kali terakhir Siti bekerjasama menyanyikan karya Pak Ngah ialah dalam sebuah lagu Raya yang berjudul Hari Kemenangan yang diterbitkan pada dua tahun lalu.