"Saya Anggap Ini Dugaan"- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM

Amri Hassan
Oktober 2, 2020 09:01 MYT
Penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis sebahagian daripada ujian dan cabaran berbisnes.
BACA: Kes Penggubahan Wang Haram, Shuib Beri Kerjasama Bantu Siasatan
BACA: "Kami Dipanggil Hanya Untuk ..." - Siti Sarah Bersyukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM
Jelas Shuib, dia dipanggil ke suruhanjaya terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.
"Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur... Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.
"Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan.
"Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang," tulisnya di Instagram pada Jumaat.
Akui Shuib, dia sedia berdepan cabaran sedemikian sejak mula mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan.
"You pray for the rain, you have to deal with the mud also," tambah Shuib lagi.
Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.
Sementara itu, semalam pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.
Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.
Instagram: @shuibsepahtu
#Siti Sarah #Shuib SepahTu #SPRM