Berita

"Saya Bagi Bola Masuk Untuk Harimau Malaya" - Mark Adam Jadi Penjaga Gol Indonesia?

gempak
Kamaruddin Razal
20/11/2019
08:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Bagi Bola Masuk Untuk Harimau Malaya" - Mark Adam Jadi Penjaga Gol Indonesia?
Perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyaksikan tuan rumah, Malaysia menewaskan Indonesia 2-0.
Kemenangan itu hasil ledakan Safawi Rasid yang berjaya membolos gawang skuad Garuda menerusi sepakan percuma pada minit ke-30, sebelum rembatan deras pada minit ke-73.
Di sebalik kemenangan Harimau Malaya itu, apa yang mencuri tumpuan ramai ialah penjaga gol Indonesia, Muhammad Ridho Djazulie yang dikatakan mempunyai wajah mirip penyanyi Mark Adam.
Di laman Twitter, ramai netizen turut berkongsi status merasakan seolah-olah sedang melihat pelantun lagu Marry Me itu beraksi di padang.
Menyedari hal tersebut, Mark kemudian turut memuat naik status bagi menceritakan situasi sebenar.
"Iyaaa itu betul saya, saya bagi bola masuk tuk Harimau Malaya. Tahniah," kongsi penyanyi kelahiran Filipina itu.
Status Mark itu kemudian mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya.
Rata-rata merasakan status 'pengakuan berani' itu sesuatu yang benar-benar mencuit hati.
Pelawak berusia 40 tahun itu kemudian dihujani dengan ucapan terima kasih kerana membenarkan pasukan Malaysia meraih kemenangan dengan mudah.
"Patutlah menang, Mark Adam penjaga gol,
"Terima kasih Mark bagi Malaysia menang," komen sebahagian netizen.
Sebelum ini, Malaysia turut menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Kekalahan Indonesia malam tadi menjadikan pasukan Garuda itu berada di kedudukan tercorot Kumpulan G selepas kalah dalam kesemua lima perlawanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live