Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Bagi Je, Tak Bankrap, Akak Doa Je” - Jasmin Hamid Terkenang Sifat Permurah Allahyarham Siti Sarah

Hanafis Haris
12/08/2021 10:11 MYT

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu masih dirasai semua pihak khususnya dalam kalangan rakan selebriti yang rapat.

Terbaru pelakon Jasmin Hamid turut berkongsi perbualannya di Instagram bersama Allahyarham.

“Arwah Siti Sarah memang orang yang sangat baik hati, pemurah, periang dan baik akhlaknya.

“Hilang saya seorang kawan yang sama tarikh birthday. Tiada ungkapan selain dari doa buat arwah. Amat terasa kehilangannya.

“Setiap kali dengar dan nampak berita arwah, hati saya kembali sebak.

“Syukur alhamdulillah, saya masih simpan pemberian arwah sebagai kenangan saya,” katanya.

Menerusi posting berkenaan, Jasmin memuat naik gambar tangkap layar atau ‘screenshoot’ perbualan mengenai pembelian produk kosmetik milik Sarah.

Biarpun mahu membeli produk berkenaan, namun Sarah tetap berkeras untuk memberikannya secara percuma.

“Sarah bagi je, kak 39 tak bankrap, akak doa je sarah,” kata arwah kepada Jasmin.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Sekadar info, awal pagi Isnin, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi lagu Semakin itu sebelum ini bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.


#Viral #Sarah #SitiSarah #JasminHamid
;