Artis versatil, Ifa Raziah mencabar mana-mana pihak mengemukakan bukti dirinya pernah menjalani prosedur memotong usus untuk menguruskan badan.

Ifa ketika dihubungi Gempak berkata, dia juga akan memberikan wang tunai berjumlah RM200,000 secara tunai sekiranya ada yang tampil bersama bukti.

“Selepas doktor itu muat naik foto saya, terus kecoh…Konon-konon saya kurus sebab potong usus dan muncul macam-macam tuduhan.

“Ada yang kata saya jual produk Solid Molid selepas kurus kerana menjalani prosedur potong usus. Tak kurang juga yang memaki hamun saya.

“Macam inilah, saya cabar sesiapa juga yang mempunyai bukti saya pernah buat prosedur potong usus tampil. Saya akan berikan RM200,000 secara tunai,” katanya kesal.

Dalam pada itu Ifa mengucapkan terima kasih kepada netizen yang telah menjalankan promosi percuma kepada produk Serifa Beauty.

“Lepas doktor itu memuat naik foto saya bersamanya, laku keras produk saya di Singapura dan Malaysia, Alhamdulillah.

“Tak sangka di sebalik kecaman dan tuduhan tidak berasas ini saya diberikan rezeki berlipat kali ganda.

“Apapun kalau ada bukti saya potong usus, kemukakanlah sebelum 8 Disember ini ya. Daripada terus-terusan buat dosa baik tunjukkan bukti!,” katanya.

Terdahulu, nama Ifa Raziah menjadi sebutan netizen selepas Datuk Dr Nik Ritza Kosai memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya.

Dr Nik Ritza merupakan seorang pakar dalam pembedahan obesity dan Pembedahan Laparoskopik.