Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang" - Haniff Hamzah Elak Ulas Status Perkahwinan Kerana...

Kamaruddin Razal
01/12/2019 18:15 MYT
Biarpun ada dakwaan yang mengatakan rumah tangganya dilanda badai, penyampai radio ERA, Haniff Hamzah mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.

Timbul cerita yang mengatakan perkahwinan Haniff bersama isteri, Wan Nor Katherina Wan Mohammad dilanda badai selepas mereka memadamkan foto bersama serta saling tidak lagi mengikuti di laman Instagram.

Haniff yang mengendalikan segmen Johara Pagi ERA memohon agar perkara ini tidak dibesarkan demi anak-anaknya.

"Cukup semua orang tahu yang saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya tak mahu beri komen lanjut kerana mahu melindungi dua orang anak lelaki saya.

"Bila tiba masanya nanti, ketika kedua-dua pihak bersedia, kami akan memberikan penjelasan bersama," kata Haniff.

Penyampai radio ini ditemui di majlis pelancaran muzik video Ayda Jebat, Mana Ada Hati dan Better Than You di Tropicana, Damansara baru-baru ini.

Majlis.... #haniffatwork

A post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on


Tambah Haniff, keluarga dan teman-teman rapat kedua belah pihak tahu mengenai status mereka.

"Apa yang penting, keluarga dan teman-teman rapat sudah tahu apakah status sebenar kami. Saya bukan mahu melarikan diri, tetapi masanya belum tiba.

"Buat masa ini, saya selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan mahu kurang bercerita mengenai hal peribadi," katanya lagi.

Haniff dan Katherina mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Tuah Kaliff, 7, dan Jebat Kaliff, 5.
#Penyampai radio #Haniff Hamzah
;