Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Saya Bangun 5.30 Pagi Setiap Hari Untuk.." - Ini Rahsia Jeffrydin Kekal Sihat, Tiada Penyakit Pada Usia 74 Tahun

ZULHILMI JALIL 21/08/2020 | 01:48 MYT
Penyanyi Pop Yeh Yeh, Datuk Jeffrydin mengakui dirinya mengamalkan gaya hidup sihat demi memastikan keadaan kesihatannya kekal terjaga biarpun pada usianya kini sudah menginjak 74 tahun.
Menurut Jeffrydin, antara perkara penting yang dititik beratkan adalah penjagaan makanan dan rutin aktiviti kecergasan.
"Saya tak ada masalah kesihatan. Ini semua (kesihatan) merupakan pemberian Allah. Paling penting penjagaan makan dan tidur.
"Setiap Subuh pada pukul 5.30 pagi, saya akan bangun buat apa yang wajib, kemudian terus sarungkan pakaian untuk melakukan aktiviti senaman.
"Pagi-pagi saya akan jalan di kawasan sekitar rumah, buat aktiviti berlari secara perlahan-lahan. Doktor kata kalau berlari pagi tu jangan laju-laju sangat," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Jeffrydin, tiada alasan buatnya untuk terus melakukan aktiviti kecergasan biarpun pada usia yang sudah dilabel 'senja'.
"Saya ada tonton satu program televisyen ini, ada orang itu berusia 100 tahun tapi masih boleh berlari lagi.
"Jadi, saya rasa, kenapa dia boleh buat, saya tak boleh buat. Saya pun catat aktiviti apa yang dilakukannya itu untuk dipraktikkan," katanya.
Pelantun lagu Mas Mona itu berkata, dia juga tidak mengambil makanan tinggi gula dan mengurangkan makanan berminyak.
"Jangan terlalu banyak ambil makanan berminyak. Kalau boleh minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas.
"Jika minum air kopi pun saya tak letak gula. Kalau nak ambil pun sikit sahaja. Kalau terlebih gula, saya pula rasa loya," ceritanya yang juga tidak mengambil makanan yang sudah disimpan di dalam peti ais.
Dalam perkembangan lain, Jeffrydin bakal muncul menerusi program realiti Immortal Songs sebagai karyawan legenda bersama enam artis berpengalaman lain.
#Datuk Jeffrydin #Sihat #Rahsia
;