"Saya Bantu Kata Riyak, Saya Tak Bantu Kata Jahat" - Netizen Gesa Hulur Bantuan, Ini Respon Aliff Syukri

Amri Hassan
Mac 23, 2020 06:46 MYT
Penyanyi, pelakon dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan gesaan orang ramai yang memintanya menyalurkan derma ketika negara berdepan krisis wabak COVID-19.
Jelas Aliff, dia bagaimanapun akui sudah banyak menghulurkan bantuan tanpa perlu menghebahkan kepada orang ramai.
"Susah saya nak puaskan hati orang.. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya, saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen.
"Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah.
"Baru-baru ini tular dengan mengatakan bahawasanya saya tidak membantu orang di dalam kesusahan. Dan di dalam masalah cronola (COVID-19).
"Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yg susah dlm penyakit cronola ini.
"Dan orang mengatakakan saya tidak membantu. Saya meriyak dan sebagainya. Jika saya bantu korang kata saya riyak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?
"Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab saya tak nak orang cakap saya riyak mak saya pun dah pesan," katanya.
Sehubungan itu, Aliff membuka ruang kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya menyalurkan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa.
"Ok dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan saya tambahkan lagi RM30,000.
"Kepada Public Health Malaysia tolong hubungi pengurus peribadi saya untuk bantu. Jangan cakap abg tak bantu lagi tau," tambahnya yang memberikan respon terhadap posting akaun rasmi agensi terbabit.
#Aliff Syukri #Bantuan #COVID-19