gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Rumah Tangga Bergolak? Akhirnya Noreen Iman Buka Mulut - “Saya Nak Hidup Dengan…”
HIBURAN
Dituduh Jadi ‘Penyondol’, Bekas Stylist Selebriti Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Tak Layan Lelaki Dah Kahwin…”
HIBURAN
“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Banyak Buat Lagu Tapi…” - Wani Kayrie Sebak Tonton Muzik Video ‘Biarkan’

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/08/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Banyak Buat Lagu Tapi…” - Wani Kayrie Sebak Tonton Muzik Video ‘Biarkan’

Penyanyi, Wanie Kayrie akui sebak semasa mula-mula melihat muzik video lagu balada terbaharunya berjudul Biarkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wanie atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah berkata lagu bergenre balada itu membawa makna yang cukup mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi selepas menerima permintaan tinggi daripada peminat.
"Tiba-tiba mood sayu sebab akhirnya saya ada lagu ballad yang terlalu ramai request dari dulu. Tapi dalam kepala tengah fikir ada ke yang nak dengar lagu ballad baru dari saya.

"Sebab sebelum ini pun dah banyak buat lagu ballad tapi tak dapat sambutan,” katanya.

Wanie turut mengimbas kembali pelbagai cabaran yang pernah dihadapinya sepanjang bergelar anak seni.
Bagaimanapun, Wanie menzahirkan rasa syukur apabila sentiasa diberi peluang untuk terus berkarya dalam industri seni suara.
"Mengenangkan segala cabaran, usaha dan susah payah nak buat sesuatu untuk puaskan hati semua orang. Pernah dikecam sebab lagu merepek, macam lagu budak-budak, tak ada kualiti.

"Sedangkan saya suka semua lagu yang saya dapat, enjoy setiap ada show dan seronol bila orang tahu lagu-lagu saya walaupun tak viral macam lagu lain. Tapi saya tahu sampai bila-bila saya takkan dapat puaskan hati semua orang cukup saya tahu ramai yang masih setia dan hargai lagu-lagu saya.

"Saya bersyukur masih diberi peluang hingga ke hari ini untuk terus berkarya dan menghiburakan semua yang ada. Terima kasih semua yang sentiasa ada dan percaya pada saya,” ujarnya.

Sekadar info, Wani Kayrie melakar satu lagi detik penting dalam kerjaya seninya menerusi pelancaran EP sulung berjudul W2K.
W2K menghimpunkan lima buah trek, iaitu Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan.
EP W2K dan single Biarkan terbitan Rocketfuel Entertainment kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi bermula 25 Julai 2025.
Topic Berkaitan
#Wanie Kayrie
#MV
#Biarkan
#Lagu Balada
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement