,
Hiburan

"Saya Baru Sedar Seronoknya Dapat Bagi Masa Pada Ibu Saya" - Wany Hasrita Teringat Ketika Ibunya Kesunyian

Badrul Hashim
30/04/2020
11:15 MYT
Imejnya yang lemah lembut dan bersopan santun menjadikan penyanyi Wany Hasrita antara penyanyi yang mempunyai ramai pengikut di Instagram.
Walaupun baru beberapa tahun di dalam industri, namun penyanyi ini pernah meledak namanya apabila dipilih peminat sebagai Artis Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular tidak lama dulu.
Bercerita tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Wany berkongsi perasaan gembiranya berada dalam tempoh tersebut.
"Jom nak share rasa happy! Apa perkara terbaik yg berlaku dlm hidup awak semua waktu PKP ni?
"Kalau saya, saya baru sedar best nya dapat bagi masa pada ibu saya, kemas rumah sama-sama, masak sama-sama, scroll shopping online sama-sama, tengok tv cerita Korea sama-sama, lagi-lagi cerita The World Of The Married sambil geram sama-sama," tulis Wany pada satu entri di Instagram miliknya.
Menurut Wany, ketika ini dia mula sedar betapa sunyi ibunya apabila dia sentiasa sibuk bekerja sehingga balik lewat malam.
"Kesian dia mesti dia sunyi waktu saya sibuk kerja balik sampai tengah malam, dia duduk sorang kat rumah.
"Okay, nak nangis. Selagi ada masa ni, gunakan sebaik mungkin tau. Stay safe everyone," tulis Wany yang gembira dapat meluangkan waktu bersama ibu tercinta.
Walaupun boleh dikira agak baru di dalam industri, Wany Hasrita sering menjadi pilihan jenama terkenal untuk dijadikan sebagai ambasador dan mempunyai 2.6 juta pengikut di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

gempak
11/10/2024
14:25 MYT
Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, demi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana
Hiburan

Sentiasa Berusaha Untuk Dapatkan Zuriat, Marsha Milan Ada Rancang Nak Buat IVF - “Cuma Itulah, Dari Hari Ke Hari…”

gempak
08/10/2024
01:55 MYT
Memasuki sembilan tahun usia perkahwinan, penyanyi Marsha Milan Londoh memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Hiburan

“Memang Pedas Tapi Geram Sangat…” - Reen Rahim Ulas Isu Ibu Bapa Pilih Kasih Disalah Erti

gempak
07/10/2024
12:55 MYT
Pelakon Reen Rahim menegur tindakan segelintir anak yang mengkritik dan memburukkan ibu bapa mereka dengan alasan tidak mendapat layanan yang baik.
Hiburan

Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”

gempak
07/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama, Qal Daienesh Berbahasa Tamil & Elofa Reza Tersingkir Di Minggu Ketiga

gempak
04/10/2024
15:25 MYT
The Chosen One 2024 minggu ketiga telah menyaksikan tujuh peserta layak ke minggu yang seterusnya.
BorakSeeni