Pelakon Fattah Amin akui lebih mengenali pelakon Alvin Chong selepas mereka disatukan di dalam program reality The House musim keempat (The House 4) pada tahun 2017.

Di dalam episod ke-enam, Fattah mendedahkan Alvin seorang yang tenang meskipun sudah menempuhi pelbagai cabaran dalam hidup.

“Saya baru tahu Alvin Chong ni rupanya menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup sedangkan kita lihat dia tenang sahaja.

“Dia seorang yang tabah apabila pernah berjauhan dengan ibunya dalam masa jangka panjang untuk mencari rezeki,” katanya.

The House 4 menyaksikan gelagat serta keletah lucu yang mencuit hati dari Fattah Amin dan Alvin Chong yang disatukan selama lebih kurang seminggu dalam sebuah rumah.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini Astro Gempak akan menayangkan kembali siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah!

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!