“Saya Bayangkan Paling Teruk”, - Kening Kerut-Kerut, Comelnya Erra Fazira Takut-Takut Buat Swab Test
Mya Amri
23/02/2021 07:20 MYT
23/02/2021 07:20 MYT
Penyanyi dan pelakon Erra Fazira akui gementar untuk menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19 sebagai prosedur sebelum memulakan sebarang penggambaran.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Erra memberitahu dia tidak dapat berhenti membayangka situasi terburuk berlaku sewaktu menjalankan ujian tersebut.
Bagaimanapun sangkaannya melesit sama sekali selepas swab test selesai dilakukan tidak sampai beberapa minit.
“Okay, ya ya, saya mengaku saya takut benda alah ni. Saya ni banyak benda yang tak berani. Dari malam tadi fikir pasal swab test ni.
“Tapi sebenarnya tidaklah teruk sangat. Saya bayangkan yang paling teruk. Akhirnya idok ler cuma batuk sikit la hehehehe,” tulisnya.
Menerusi coretan yang sama, Erra juga turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang tidak kenal erti penah dalam menjalankan tugas biarpun dalam apa jua keadaan.
“Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertugas. Terharu sangat… Mereka bekerja dalam panas matahari yang terik dengan memakai baju PPE.
“Peluh jelas nampak… Sedih saya tengok. Moga kebaikkan mereka dibalas dengan seribu kebaikkan. Terima kasi frontliner,” tulisnya.