Usahawan yang juga pengasas kosmetik Mohamad Anas Zahrin sudi menghulurkan bantuan kepada remaja yang tular akibat dimandikan seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid.

Menurutnya Anas, dia memerlukan pertolongan orang ramai sekiranya mengenali remaja atau ahli keluarga remaja tersebut.

“Assalamualaikum. Saya Mohamad Anas Zahrin, ingin minta bantuan sesiapa yang kenal adik ni atau ahli keluarga dia atau peguam yang uruskan kes dia.

"Kalau betul dia mencuri duit tabung masjid sebab nak bantu atuk beli ubat dan adik adik dia.

"Di hari jumaat yang mulia ni, Saya dengan seikhlas hati akan membayar wang denda mahkamah beliau berjumlah RM4000," katanya.

Jelas Anas, dia walau bagaimanapun tidak pasti sama ada gambar individu yang dimuat naik di Instagram adalah sama dengan remaja yang dimandikan sebagai 'jenazah' itu.

"Saya tak pasti dia orang yang sama yang dimandikn orang orang masjid dekat tempat Jenazah.

"Takpelah, itu urusan mereka saya tak mahu campur. Sebab bila tengok video tu saya jadi sedih dan tertanya kenapa tidak terus di bawa ke balai polis dari diberikan hukuman sedemikian.

"Takpelah, mungkin mereka ada sebab tersendiri. Mohon kalian bantu ya, atau cari peguam yang uruskan kes adik ni

"Semoga kita semua dimewahkan rezeki dan diberkati

"Kalau dia penagih atau apa, lepas ni terus contact AADK sahaja. Nak pukul atau nak pijak atau nak hukum siap rekod bukan urusan kita," katanya.

Posting Anas itu kemudian 'dibanjiri' dengan pujian orang ramai yang kagum dengan niat murni usahawan tersebut.

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Terdahulu, tular di media sosial aksi seorang lelaki yang difahamkan menyimbah air ke badan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung masjid.

Datuk kepada remaja tersebut iaitu Rosli Sidek sebelum ini turut mengakui meminta Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang untuk membuat laporan polis terhadap cucunya itu.

BACA: “Dia Pernah Curi Duit Umrah Nenek Dia RM2,000…Terima Kasih AJK Masjid, Semoga...” – Datuk Remaja ‘Jenazah'

BACA: “Ingatkan Mandikan Dia Macam Jenazah Cukup Bagi Pengajaran…” – Warganet Kecewa Tindakan Kariah Masjid