Pelakon cantik Nina Iskandar menafikan tuduhan dia menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah.
Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, menegaskan dakwaan terbabit berniat jahat dan mahu memberi kesan buruk terhadap nama dan kerjayanya sebagai seorang selebriti.
Nina membuat sidang media khas berkenaan dengan tuduhan terbabit ditemani peguamnya, Mohd Irwan Mubarak dan Mohd Khairil Abidin di The Royal Widad Residence, UTM KL sebentar tadi.
"Pada 12 Mac lalu, sebuah media dalam talian telah memuat naik dan melaporkan artikel yang kononnya saya menjadi punca penolong pengarah sebuah produksi bercerai.
"Fitnah itu dipercayai dicetuskan oleh bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan turut disebarkan oleh individu yang bekerja sebagai jurusolek artis sebelum dilaporkan oleh media.
"Saya ingin membersihkan nama daripada tuduhan tidak baik yang jelas merupakan satu fitnah apabila menuduh saya punca perceraian seorang penolong pengarah.
"Fitnah tersebut sudah tersebar luas menerusi media sosial yang kononnya memetik sumber terdekat.
"Bagi saya berita berkenaan jelas berniat jahat bagi memburukkan nama dan menjejaskan kerjaya saya," katanya.
Tambah Nina, dia telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.
"Fitnah tersebut bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah turut memberi kesan kepada keluarga yang berada di Brunei.
"Saya akan mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran dan membersihkan namanya.
"Saya ingin lebih fokus terhadap kerjaya lakonan dan tidak mahu fitnah seperti ini mengganggu emosi dan tekanan kepada keluarga saya," katanya.
Notis tuntutan sudah dihantar kepada tiga pihak iaitu portal hiburan terbabit, bekas isteri penolong pengarah serta jurusolek yang terlibat.
Tambah peguam Nina, pihak tersebut perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.
Dalam pada itu, Nina menjelaskan status hubungannya dengan penolong pengarah tersebut.
"Sidang media yang diadakan hari ini adalah kerana ia fitnah. Saya dengan dia adalah kawan dan saya bebas berkawan dengan sesiapa saja, janji bukan suami orang.
"Saya dan dia hanya rakan sahaja tapi kita sendiri tak tahu apa yang bakal jadi di masa akan datang. Tetapi ingin saya tegaskan semula, saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi saya takkan merampas suami orang.
"Saya berkawan dengan dia selepas dia berpisah, sebab itu saya tegaskan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah," kata Nina lagi.
Kamaruddin Razal
Sat Mar 23 2019


Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!