,
Laman Utama

“Saya Belajar Macam Mana Nak Fight” - Azira Shafinaz Teruja Pertama Kali Lakonkan Babak Aksi Dalam One Cent Thief

Asyikin Mayudin
09/10/2022
06:55 MYT
Pelakon Azira Shafinaz menganggap tawaran untuk membintangi drama One Cent Thief (OCT) merupakan satu peluang yang tidak akan dilepaskan.
Bukan sahaja membawa watak yang berbeza dari dramanya sebelum ini, Azira juga teruja apabila berpeluang melakonkan babak aksi buat kali pertama.
“Penonton mesti ingat OCT ni hanya cerita tentang jenayah siber saja… tapi sebenarnya penuh emosi dan babak aksi yang bukan saja untuk pelakon lelaki tapi saya juga ada babak berlawan.
“Jadi, drama ini sememangnya sangat menarik dan tak mungkin saya akan tolak untuk berlakon sekali. Untuk babak aksi pun saya buat sendiri.
“Tak ada besar macam orang lain lakonkan babak aksi tapi ia satu pengalaman baharu untuk saya sebab tak pernah buat babak aksi sebelum ini.
“Saya dapat belajar macam mana nak fight dan pergerakan. Kami ada stuntman yang ajar,” katanya kepada Gempak.
Selain Azira, drama Astro Originals itu turut dibintangi oleh Syafiq Kyle sebagai teraju utama, Faizal Hussien, Sofie Jane, Amerul Affendi, dan ramai lagi.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Saksikan One Cent Thief bermula hari ini, 8 Oktober, setiap Sabtu, jam 9 malam.
Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kekal Positif, Perceraian Artis Tak Buat Azira Shafinaz Takut Kahwin - “Setiap Orang Lalui Kesukaran Hidup…”

gempak
15/10/2024
13:55 MYT
Pelakon, Azira Shafinaz tidak bimbang untuk berkahwin walaupun banyak kes perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti tanah air.
Hiburan

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”

gempak
22/08/2024
13:55 MYT
Kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana memberitahu mereka tidak pernah terfikir untuk menukar lirik lagu Alamak Raya Lagi biarpun karya itu mendapat impak yang besar.
Hiburan

Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

gempak
21/08/2024
04:25 MYT
Tular sebuah video temu bual ibu kepada penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu Datuk Emmy Suraya dengan sebuah portal gaya hidup di TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Nafsu, Siri Supernatural Thriller Tentang Deria Keenam & Ajaran Sesat

gempak
30/06/2024
14:54 MYT
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.
Hiburan

THSS: De Fam Tarik Diri, Azira Shafinaz Ikut Nasihat Doktor - "Apa Yang Jadi Pada Saya Biarlah ..."

gempak
27/06/2024
12:25 MYT
Susulan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil berkongsi keadaan terkininya.
BorakSeeni