Gaya Hidup

"Saya Beli Kuali RM30++..." - Ramai Puji Telur Yang Digoreng Raja Permaisuri Agong Tampak Cantik Dan Menyelerakan

gempak
Badrul Hashim
06/05/2020
00:15 MYT
Sponsor Banner
"Saya Beli Kuali RM30++..." - Ramai Puji Telur Yang Digoreng Raja Permaisuri Agong Tampak Cantik Dan Menyelerakan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan masakan Baginda.
Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, Baginda turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagram @airtangan_tunkuazizah.
A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on
Baru-baru ini ramai yang bertanyakan kepada Baginda bagaimana menghasilkan telur goreng yang cantik dan menyelerakan seperti yang dihidangkan.
"ramai yang tanya macam mana saya goreng telur mata lembu tu bulat dan cantek, saya guna kuali ini untuk goreng telur yang cantik sangat tu.
"Saya beli di mercato Plaza Damas. RM30++. Goreng dengan minyak okay!" tulis Tunku Azizah berkongsi rahsia.
Atas permintaan ramai rakyat, Baginda bermurah hati menunjukkan cara menggoreng telur yang cantik.
"Cara menggoreng telur mata lembu goyang," tulis Baginda pada satu IGTV yang dikongsikan kepada umum.
Sehingga kini, Instagram @airtangan_tunkuazizah mempunyai hampir setengah juta pengikut termasuklah daripada selebriti-selebriti negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live