Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Beli Kuali RM30++..." - Ramai Puji Telur Yang Digoreng Raja Permaisuri Agong Tampak Cantik Dan Menyelerakan

Badrul Hashim
06/05/2020 00:15 MYT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan masakan Baginda.

Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, Baginda turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagram @airtangan_tunkuazizah.

hari ini sy masak ........ untuk keluarga saya

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on


Baru-baru ini ramai yang bertanyakan kepada Baginda bagaimana menghasilkan telur goreng yang cantik dan menyelerakan seperti yang dihidangkan.

"ramai yang tanya macam mana saya goreng telur mata lembu tu bulat dan cantek, saya guna kuali ini untuk goreng telur yang cantik sangat tu.

ramai yg tanya macam mana sy goreng telur mata lembu tu bulat dan cantek, sy guna kuali ini utk goreng telur yg cantek sangat tu ... sy beli di Mercato plaza damas ... RM 30 ++ .... goreng dgn minyak ok !

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on


"Saya beli di mercato Plaza Damas. RM30++. Goreng dengan minyak okay!" tulis Tunku Azizah berkongsi rahsia.



Atas permintaan ramai rakyat, Baginda bermurah hati menunjukkan cara menggoreng telur yang cantik.

"Cara menggoreng telur mata lembu goyang," tulis Baginda pada satu IGTV yang dikongsikan kepada umum.

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on


Sehingga kini, Instagram @airtangan_tunkuazizah mempunyai hampir setengah juta pengikut termasuklah daripada selebriti-selebriti negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

#Memasak #Tunku Azizah #Permaisuri Agong
;