Hiburan

"Saya Beli, Pakai, Simpan...Bukan Menunjuk-Nunjuk" - Aliff Syukri Dedah Sebab Beli Barang Mewah

gempak
Amri Hassan
09/02/2018
07:56 MYT
Sponsor Banner
"Saya Beli, Pakai, Simpan...Bukan Menunjuk-Nunjuk" - Aliff Syukri Dedah Sebab Beli Barang Mewah
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menegaskan tabiatnya membeli barangan mewah bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Kata Aliff Syukri, perasaan 'iri hati' melihat orang sekeliling memiliki barangan mewah mendorongnya untuk berusaha memenuhi impiannya untuk mendapatkan barangan sama.
"Saya seorang yang mudah cemburu dengan barangan yang digayakan oleh kawan-kawan sekeliling.
"Jadi, saya pun mahu untuk mendapatkan barangan yang sama seperti mereka. Sejak dari dulu lagi kalau saya mahukan sesuatu saya akan berusaha sampai dapat.
"Sama seperti sekarang pun, saya akan beli barangan yang saya mahukan seperti jam tangan dan baju-baju mahal, pakai untuk bergambar sekali dua kemudian simpan diam-diam dalam almari.
"Cukuplah bagi saya asalkan ada barangan tersebut. Saya rasa puas, jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Aliff Syukri, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak untuk melabelkan dirinya dengan pelbagai panggilan.
Bagi pengasas D'Herbs Holding Sdn. Bhd. itu, apa yang dilakukan saban hari bergantung pada niat.
"Susah nak puaskan hati semua orang, saya tunjuk benda baik pun kata saya riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
"Benda-benda baik yang saya lakukan tiada pula orang mahu viralkan.
"Saya sedar, banyak yang saya belajar daripada kesilapan dan tak semua yang saya buat itu betul. Tetapi inilah diri saya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, filem sulung lakonan Aliff Syukri, Badang, akan mula ditayangkan pada 15 Februari depan selain rancangan realiti kehidupannya, Oh Abang Kosmetik (OAK) musim kedua akan mula bersiaran tidak lama lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live