“Saya Benci Drama, Kami Tidak Mengungkit Masa Lalu…” - Dr Jezamine Lim Buka Lembaran Baru, Mahu Fokus Kerjaya & Jadi Ibu Lebih Baik
Asyikin Mayudin
01/08/2024 03:55 MYT
01/08/2024 03:55 MYT
Bekas isteri kepada pelawak Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim melahirkan rasa syukur apabila kes melibatkan rumah tangga mereka di mahkamah syariah sudah selesai dengan lancar.
Terima Kasih Kepada Media
Malah, Dr Jezamine turut mengucapkan terima kasih kepada para media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan dia dan Harith selepas selesai prosiding kes hadanah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
“Hari ini (Rabu) merupakan perbicaraan terakhir di mahkamah syariah untuk memuktamadkan butiran penyelesaian. Terima kasih kepada ahli media yang sabar menunggu kami untuk mendapatkan kenyataan kami.
“Mereka kelihatan benar-benar kagum betapa mesranya kami berdua. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar, tiada apa yang perlu dipertikaikan sebenarnya,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Mahu Fokus Kerjaya & Anak
Pada perkongsian yang sama, Dr Jezamine juga memberitahu dia enggan mengungkit lagi masa lalu dan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kehidupannya selepas ini.
Mahu melangkah ke lembaran baru dengan hati yang bersih, Dr Jezamine turut meluahkan rasa teruja untuk bersama-sama bekas suaminya menjaga anak-anak mereka.
“Saya benci drama, kami tidak mengungkit masa lalu… kami hanya fokus pada gambaran yang lebih besar. Selalu ada 10000 masalah dalam hidup tetapi ada juga 100000 cara untuk menanganinya. Jika itu terpulang kepada saya.
“Kami memilih jalan kami, dan kami orang dewasa yang bertanggungjawab dan matang. Ini adalah lembaran baharu, melangkah masuk dengan hati yang bersih, memberi tumpuan kepada kerjaya dan menjadi ibu yang lebih baik.
“Teruja dengan perjalanan co-parenting kami, saya tidak boleh melakukan ini sendirian dan saya gembira @harithiskander sentiasa di sini untuk menyokong saya,” ujarnya yang mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dengan Dr Jezamine & Harith Hanyalah Kawan” - Nadira Isaac
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dengan Dr Jezamine & Harith Hanyalah Kawan” - Nadira Isaac
ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander Pelik Didakwa Curang, Model Cantik Rupanya Kenalan Dr Jezamine - “Saya Kenal Pun Tidak”
ARTIKEL BERKAITAN: Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”
Terdahulu, kecoh apabila nama model dan pempengaruh media sosial, Nadeera Isaac didakwa menjadi punca kes penceraian membabitkan Harith Iskander dan Dr Jezamine.
Bagaimanapun mereka menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan Nadeera merupakan kenalan sahaja.
Sekadar info, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
#Harith Iskander
#Dr Jezamine Lim
#Bekas isteri Harith
#Harith Iskander cerai
#Anak Harith Iskander
#Nadeera Isaac