Hiburan

“Saya Benci Miss JJ, Tapi Bila Dah Sarung Rambut Palsu, Sekelip Mata Saya Berubah Jadi Dia” – Sangeeta

gempak
Fiza Kamarudin
06/07/2020
13:49 MYT
Sponsor Banner
“Saya Benci Miss JJ, Tapi Bila Dah Sarung Rambut Palsu, Sekelip Mata Saya Berubah Jadi Dia” – Sangeeta
Pelakon How Not To Lose Your Job (HNTLYJ), Sangeeta Krishnasamy mengakui tidak suka dengan watak Miss JJ yang dibawa dalam web siri komedi tersebut.
Sangeeta berkata sikap pentingkan diri, terlalu bercita-cita tinggi dan manipulatif sangat bertentangan dengannya.
Bagaimanapun kata Sangeeta, dia menerima tawaran untuk melakonkan watak tersebut kerana mahu mencabar dirinya. “Miss JJ ni ala-ala Paris Hiltonlah, dia mempunyai semua sifat seorang wanita abad ke-21. Ada kualiti tetapi sangat mementingkan diri sendiri.
“Dia hanya fikir tentang dirinya sendiri dan saya fikir ia adalah sesuatu yang dapat saya terokai. Tapi, inilah pertama kalinya dalam hidup saya, saya membenci watak saya.
"Pada mulanya saya kekok untuk meneroka sisi watak yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini tetapi bila fikir balik, ada baik dan buruknya.
“Lagipun saya suka perkara yang mencabar saya. Sebelum ini saya sering melakonkan watak yang baik-baik saja. Jadi apa salahnya saya cuba mempelbagai peranan dalam lakonan, barulah boleh jadi pelakon serba boleh,” katanya positif.
Tambah Sangeeta lagi, dalam HNTLYJ dia menggayakan rambut palsu potongan ‘bob’ yang membantunya berubah menjadi Miss JJ.
"Saya berasakan setiap kali mengubah penampilan dalam kita akan menjadi ‘orang itu’. Rasanya semua pelakon macam tu kan?
"Macam saya, bila pakai je rambut palsu, dalam sekelip mata saya menjadi Miss JJ,” katanya. Dalam pada itu, Sangeeta mengakui bimbang sekiranya terbawa-bawa dengan watak Miss JJ sehingga ke luar set.
"Nasib baik tidak, kalau tak mesti teman lelaki saya pening kepala!,” katanya ketawa.
HNTLYJ mengisahkan tentang para pekerja di sebuah syarikat produksi yang berhadapan dengan kemungkinan akan kehilangan kerja mereka.
Oleh itu mereka sepakat untuk melakukan sesuatu agar syarikat tersebut terus bertahan demi menjaga periuk nasi masing-masing.
[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 6-Masalah Kira Selesai]] Mampu atau tidak Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) bertahan dengan Boss (Che Kem)?
Adakah usaha merek mempertahankan periuk nasi dan menaikkan jumlah pembaca Bawang Inc untuk meyakinkan Boss supaya tidak menutup syarikat?
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Sumber: Rojak Daily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live