Penyanyi Syura Badron telah dipilih untuk menyertai pementasan teater Korupsi Dewan Semandung bagi menggantikan watak yang sepatutnya dilakonkan oleh pelakon baru, Hanna Halim.

Menurut Syura, pada mulanya, dia berasa ragu-ragu untuk menerima tawaran itu kerana tiada pengalaman dalam pementasan teater sebelum ini.

"Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang oleh pihak produksi untuk menyertai pementasan teater ini.

"Tanggungjawab saya amat besar, terus terang saya katakan, ketika mula-mula ditawarkan, saya masih ragu-ragu untuk menerimanya.

"Saya belum pernah menyertai mana-mana pementasan teater sebelum ini, sebab itulah saya tidak membuat keputusan dengan cepat untuk menerima tawaran tersebut," jelasnya.

Syura berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tayangan media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.

Tambah Syura, dia membuat keputusan untuk mencuba nasib dan berjumpa pihak produksi sehari selepas menerima tawaran.

"Keesokan harinya, saya membuat keputusan untuk datang berjumpa Abang Khir dan Kak Ogy untuk mencuba nasib, Alhamdulillah, saya diterima sebagai salah seorang pelakon dalam teater ini," tambahnya.



Difahamkan, pembabitan Hanna dalam teater tersebut dibatalkan kerana tidak menepati kehendak produksi.

Teater Korupsi Dewan Semandung itu merupakan hasil kerjasama Khir Rahman dan Fauziah Ahmad Daud selaku pengarah dan penerbit.

Selain Syura, Teater Korupsi Dewan Semandung turut dibintangi oleh Man Raja Lawak, Vicha, Khir Rahman, Mark Adam dan ramai lagi.

Ia akan ditayangkan pada 29 Februari hingga 1 Mac 2020 di Istana Budaya.

Harga tiket boleh didapati pada RM58, RM78, RM88, RM118, RM148, RM178, RM208 dan RM258 menerusi AirAsia Red Tix.

Pecah perut aku dengan diorg ni semua! Korang semua pun akan CONFIRM terhibur dengan teater kelakar seram korupsi dewan semandung ni.. cepat2 beli tiket tau!! . #Repost @korupsidewansemandung with @get_repost ・・・ Punya lah syok bila dah ada muzik director @shahslam_ ???? sume nak nyanyi. Cepattt!!! Laku kerass!! Dapatkan tiket korg di kaunter tiket di Istana Budaya & belian secara online www.airasiaredtix.com TEATER KOMEDI SERAM KORUPSI DEWANG SEMANDUNG Pada 28, 29 Februari & 1 Mac 2020 8.30 malam di Panggung Sari Istana Budaya terbitan OGY VENTURES NETWORK SDN BHD. Penerbit @kak_ogy , Pengurus Projek @shahirsulaiman36 , Arahan @kei_ramoss , Penulis skrip @aloyparadoks dan @rayzamukmin Dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com . Pementasan ini dibintangi oleh, @drmaza_official @taukejambu_real @joey_daud @sharif_zero @thedouglaslim @markadam1079 @vicha_barbie @chiwan_chilok @chemat_rajalawak @syurabadron @azrulzaidi @tapai_86 @azmi_saat @manrajalawak . @korupsidewansemandung #ogyventuresnetwork #korupsidewansemandung #istanabudaya #kualalumpur #malaysia #arts #theatre #music #dance #teatermalaysia #international #media #teaterkomediseram . https://airasiaredtix.com/tickets/teater-komedi-seram-korupsi-dewan-semandung#tab-tickets

A post shared by EGO~New released ? (@syurabadron) on