“Saya Berdepan Dengan Stereotaip Orang Islam”- Yuna Penghias Cover Vogue Singapore
Awani
31/03/2021 03:44 MYT
31/03/2021 03:44 MYT
Penyanyi Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna, mengukir sejarah peribadi apabila terpilih sebagai cover atau penghias muka depan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, muncul dalam edisi April dengan tema 'rhythm'.
Sesi fotografi diadakan ketika pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tema ilham dari festival muzik seperti Coachella.
Dalam paparan berkenaan, pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zarai itu menceritakan perjalanan karier muziknya di peringkat antarabangsa dan cabaran yang terpaksa diharungi untuk sampai ke peringkat hari ini.
"Sebagai wanita dari Asia Tenggara beragama Islam dalam industri muzik Amerika, saya melalui pebagai cabaran, antaranya terpaksa berhadapan dengan stereotaip orang Islam, hijabi, Asia Tenggara, atau "kita tidak tahu di mana tempatnya.
"Tetapi saya menemui orang yang baik juga, mereka yang memahami apa yang saya lakukan dan mahu mendengar muzik saya," ceritanya.
Pelantun lagu Penakut itu sudah menerbitkan sehingga lima album dan mengdapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut sehinggal majalah Rolling Stone menggelarnya ‘bintang yang bakal bersinar’ di awal kemunculannya di sana.
Kini, difahamkan Yuna dan suaminya Adam Sinclair sedang berada di Malaysia.