"Saya Berharap Sangat Janganlah Buang Diorang Kerja, Biarlah Cuma ....." - Stacy Anam

Rozaimi Zubaidi
Disember 25, 2018 01:16 MYT
Penyanyi Stacy Anam mengakui kesal dengan tindakan dilakukan oleh dua kakitangan sebuah taman tema yang didakwa memperlekehkan dia dan suami, Akim Ahmad.
Menerusi entri di Instagram (IG), Stacy berharap agar perkara yang berlaku kepada dirinya dan Akim tidak akan berulang lagi serta dia sudah maafkan perbuatan pekerja terbabit.
"Daddy dengan eshaal buat lagu untuk Mami best-best ok. Oklah rasanya kita tutuplah cerita saya jadi rimau tadi. Saya pun mau minta maaf kalau ada terlebih atau menyinggung sesiapa tadi.
"Manusia biasa kan? Semua tak lari dari membuat kesalahan. Yang penting setiap benda yang terjadi kita jadikan iktibar. Saya bersuara sebegitu tadi mungkin ada hikmah. Saya suarakan benda yang wajar. Mudah-mudahan selepas ini kita semua dapat mempertingkatkan integriti diri yang begini untuk kebaikan masing-masing.
"Dan mudah-mudahan orang yang saya ceritakan tadi pihak management tak tahu pun siapa atau kalau diorang dah tahu siapa orang tu saya berharap sangat janganlah buang diorang kerja @sunwaylagoonmalaysia. Macam yang saya mention tadi semua orang buat silap. Tak adil kalau kita terus menghukum orang yang buat salah sekali.
"Kami sekeluarga pun dah memaafkan perkara tadi. Mudah-mudahan perkara sebegitak akan berlaku lagi walau dimana pun. Semoga isu ni jadi iktibar untuk semua," tulisnya.
Rata-rata mengakui kagum dengan tindakan Satcy dan Akim yang tidak mahu mempebesarkan hal ini dan berharap pekerja terbabit segera berubah serta tidak lakukan perkara yang sama pada orang lain.
Sebelum ini Stacy meluahkan rasa marahnya di IG apabila dirinya diperlekehkan dua petugas di sebuah taman tema air.
Menurut Stacy petugas itu dengan sengaja berniat untuk memalukan dia bersama suami yang juga penyanyi Akim Ahmad yang ketika itu sibuk menguruskan dua anak mereka untuk masuk ke taman itu.
Bagaimanapun kapsyen dalam entri tersebut telah dipadam oleh Stacy.
#Penyanyi #Akim Ahmad #Penyanyi #Stacy Anam