Viral
"Saya Beri Masa 24 Jam" - Tuntut Permohonan Maaf Terbuka, Rakan Baik Bekas Isteri Da'i Farhan Bakal Kemukakan Saman!
Rakan baik kepada bekas isteri Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain, Ches Al-Maliki menerusi kenyataan di Facebook memberitahu saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik.
Kata Ches, maklumat itu telah disampaikan melalui keluarga namun menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan secara terbuka.
"Saman pada saya ditarik. Pihak yang mahu saman Ches Al-Maliki, telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya dah tarik saman yang dibuat.
"Mungkin mereka baru sedar, nak buka fail itu perlukan dollar. Takkan bayar RM10,000 kenari, dollar sudah licin.
"Saya tuntut pihak berkenaan membuat kenyataan secara terbuka tentang penarikan saman tersebut," tulisnya.
Selain itu, Ches memohon pihak berkenaan menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video.
"Saya menuntut surat rasmi dan permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui tulisan dan video seperti mana antum dengan penuh yakin mengumumkan bahawasanya saya telah membuat fitnah terhadap kalian.
"Saya memberikan masa 24 jam kepada pihak di sana untuk membuat tuntutan yang saya mahu, sekiranya gagal berbuat demikian peguam saya sudah bersedia untuk failkan saman pada pihak anda.
"24 jam dikira bermula pada 7.59 malam 9 Disember 2019. Jaga kata-katamu lepas ini," tambahnya.
Namun, Ches tidak menyatakan secara spesifik pihak yang dimaksudkannya berdasarkan kenyataan terbabit di Facebook.
Terdahulu, pendakwah bebas Da'i Farhan pernah mendedahkan seorang wanita yang didakwa rakan baik bekas isterinya telah menulis sepucuk surat terbuka berhubung kisah rumah tangganya.
BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8
Tindakan itu ekoran mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima hakikat bekas isterinya hidup bermadu.