Hiburan

"Saya Berjanji Untuk Menjadi Seorang Yang Kuat & Lelaki Yang Lebih Baik" - Adam Sinclair

gempak
Zulaikha Yusof
26/02/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Berjanji Untuk Menjadi Seorang Yang Kuat & Lelaki Yang Lebih Baik" - Adam Sinclair
Pengarah yang juga adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Adam akhirnya berkongsi foto bersama arwah abangnya kira-kira lima hari lalu.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Adam memuat naik gambar kenangan bersama arwah Ashraf ketika majlis akad nikahnya yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang.
Dalam coretan khas buat tercinta, suami kepada penyanyi Yuna itu berjanji akan menjadi seorang yang kuat selepas arwah abangnya pergi buat selamanya.
"Lihat saja senyuman itu. Senyuman yang membuat awak percaya awak boleh buat apa saja.
"Saya berjanji untuk menjadi seorang yang kuat abang dan lelaki yang lebih baik. Rindu awak selamanya," tulisnya di ruangan kapsyen.
Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live