"Saya Berketurunan Jerman, Jepun & Cina" - Netizen Terkejut Agnez Mo Tak Mengaku Berdarah Indonesia

Amri Hassan
November 27, 2019 00:55 MYT
Penyanyi popular Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo mengejutkan ramai apabila membuat kenyataan bahawa dirinya bukan berdarah Indonesia.
Perkara itu dilakukan Agnez dalam sebuah wawancara bersama Kevan Kenney menerusi rancangan YouTube Build Series NYC by Yahoo! baru baru ini.
Pada mulanya pengacara lelaki itu bertanya mengenai kepelbagaian budaya dan penyesuaian diri sebagai penganut agama minoriti iaitu Kristian.
Namun, Agnez kemudiannya mengakui dia hanya dilahirkan di Indonesia manakala asal usulnya daripada keturunan Jerman, Jepun dan Cina.
"Saya bukan berdarah Indonesia sama sekali tetapi saya berketurunan Jerman, Jepun dan Cina.
"Saya hanya dilahirkan di Indonesia dan saya beragama Kristian. Sedangkan di Indonesia majoritinya Muslim.
"Saya tak nak katakan saya tidak berasal dari sana kerana rasanya ramai yang boleh menerima saya dengan baik, tetapi saya rasa tidak seperti yang lain.
"Ia mengajar saya untuk menerima kritikan, perbezaan dan sisi lain saya yang lebih unik," katanya.
Potongan video yang tular di media sosial Twitter itu telah mengundang pelbagai kecaman daripada banyak pihak.

F*ck !!!! Back to your f*cking Mainland 'cause you are not Indonesian pic.twitter.com/cyod5NgFht

— William Runturambi (@w_runturambi) November 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, apabila menonton penuh rancangan itu, Agnez akui kebanyakan karyanya mengadunkan elemen Indonesia misalnya penggunaan batik dan tarian Jaipong.
Malah penyanyi yang popular dengan lagu Tak Ada Logika itu memuat naik kenyataan lanjut di Instagram menyatakan perasaan bangga dengan Indonesia.
#Viral #Indonesia #Viral #Agnez Mo