Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
Mya Amri
22/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.

Terima teguran dengan hati terbuka

Menurut Dr Say, dia memohon maaf atas kelalaiannya kerana memberi peluang kedua kepada pembantu rumahnya walaupun selepas kes bawa masuk lelaki tidak dikenali di dalam rumahnya.
“Saya tahu dekat luar sana ramai yang mengecam saya tinggalkan anak-anak bersama helper terutamanya selepas kejadian helper bawa masuk lelaki Julai lepas.

“Saya terima kecaman, teguran, nasihat anda semua dan saya akur yang saya bodoh sebab mudah percayakan orang lain dan saya sepatutnya buang terus maid Filipina tu pada kejadian lepas tapi saya simpan.

“Sebab saya ingat dia mangsa keadaan masa insiden tu, dia cakap jangan bagi tahu suami dia, saya akur, dia cakap jangan bagi tahu kedutaan Filipina, saya akur.

“Sebab sebelum insiden tu saya tengok dia baik tak pernah minta keluar rumah langsung on off day dia tiap-tiap Ahad.

“Tapi lepas dia dah dibuang ni baru saya dapat tahu yang dia cakap hidung anak saya macam babi dia selalu cubit anak saya dan dia check balik nak tengok ada kesan lebam ke tak.
“Bila mandikan baby dia terus jirus seluruh muka instead of mandikan perlahan lahan,” ujarnya.

Jadi pengajaran terbesar dalam hidup

Dalam pada itu, Dr Say berkata kejadian tersebut banyak memberikan pengajaran buat dirinya dan selepas ini dia akan membawa anak-anaknya bersama walaupun bekerja di luar kawasan.
“Saya tidak akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada maid Indonesia yang baru ini. Selepas ini kalau saya dan isteri nak pergi bercuti atapun outstation untuk bekerja, kami akan bawa semua anak sekali.
“Atau worst case scenario letak anak anak di rumah family sekali dengan helper. Saya akui semua ni berpunca daripada kelalaian saya sendiri.

“Saya tak rasa diri saya lebih baik daripada sesiapa di luar sana dan saya terima kecaman ni sebagai satu pengejaran besar untuk perbaiki diri dan tidak mudah tinggalkan anak saya sewenang wenangnya.

“Saya bernasib baik tak ada kecederaan kekal kepada anak saya dan kalau ada yang rasa kecewa dengan saya, saya minta maaf

“Saya betul betul menghargai semua teguran dan nasihat daripada anda semua,” ujarnya.
Berikut merupakan video penuh Dr Say:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024