Hiburan
"Saya Berpijak Di Bumi Nyata" - Nasha Aziz Tak Rasa Diri Glamour
Aktres senior berbakat, Nasha Aziz tidak merasakan dirinya glamour seperti yang disifatkan oleh segelintir pihak.
Menurut Nasha, meskipun sudah lama bergelar seorang pelakon, masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.
"Saya tak rasa saya glamour, ia hanya dari pandangan orang lain, saya tak merasakan diri saya di tahap itu.
"Saya berpijak di bumi nyata, meskipun saya sudah lama berlakon, namun masih banyak perkara yang perlu saya belajar dalam bidang lakonan ini," kata Nasha.
Bercakap mengenai tawaran lakonan, Nasha mengatakan dia kini banyak menerima tawaran watak beremosi.
"Untuk umur sekarang, saya banyak menerima tawaran watak beremosi, ia bukanlah watak yang sesuai untuk saya bawa pada usia sekarang.
"Bukan mudah untuk mencari 'mood' dan menyelami emosi itu, namun jika terlalu banyak watak sebegitu ditawarkan, saya mungkin boleh fikirkan dari sudut yang berbeza pula," tambahnya.
Dalam perkembangan terbaru, Nasha bakal tampil dalam filem terbaru lakonannya iaitu Talbis Iblis.
Selain Nasha, filem tersebut turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Filem Talbis Iblis yang diarahkan Khabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions ini dijangka menjengah pawagam penghujung tahun ini.
Must-Watch Video