"Saya Bersalah Kerana 'Bitter'" - Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak
ZULHILMI JALIL
25/09/2020 05:08 MYT
25/09/2020 05:08 MYT
Bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz, Amal Syahmina mendedahkan bahawa dia menerima pelbagai bentuk kecaman daripada umum selepas cuba mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya itu dalam satu entri di Instagram baru-baru ini.
Begitupun, menurut Amal, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan satu kesilapannya sendiri.
"Ya, saya mengaku salah kerana 'bitter'. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
"Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya," katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Menurut Amal lagi, dia mempunyai alasan tersendiri apabila cuba bertindak 'bitter' sedemikian rupa.
Ini kerana, katanya tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini.
"Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik. Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun.
"Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya, dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya," katanya.
Menurut Amal, hubungannya dengan bekas kekasih mula terjejas apabila hadirnya orang ketiga.
"Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.
"Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan, maka, saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya," katanya.
Jelasnya lagi, selepas ini diharapkan segala apa yang bertebaran di alam maya mengenai apa yang berlaku dapat dihentikan.
Ini kerana sebolehnya, dia mahu terus memulakan kehidupan baru tanpa terus dibayangi kisah silamnya dengan bekas kekasih.
"Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri. Saya tidak pernah menyesal mengenalinya.
"Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini. Sekarang masa saya untuk lupakan. Saya berhak sesuatu yang lebih baik begitu juga dirinya. Mungkin kami bukan dijodohkan untuk bersama. Reda," tulisnya.
Sebelum ini, dalam satu entri di Instagram, Amal dikatakan menyindir tindakan seorang selebriti berkaitan pemakaian sarung kaki.
Tindakannya itu dilihat seolah-olah tidak senang dengan selebriti tersebut sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai perhubungan dengan bekas kekasihnya.