Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy kehilangan kata-kata apabila namanya diumumkan sebagai juara GV2019 disamping Hady Mirza.

Menurut Naqiu, dia dan Hady tidak menjangkakan kemenangan dua juara pada konsert akhir kerana berbeza semasa sesi latihan.

“Saya blur! Sebab masa pengumunan juara tu, di skrin belakang ada dua foto. Kami pandang sesama sendiri dan tunggu kalau gambar salah seorang akan hilang.

“Foto pula lama dan bila Nabil umumkan kami berdua adalah juara, kami terus ke tengah dan terus terlupa nak ambil trofi,” ujar Naqiu kepada Gempak.



Naqiu ditemui selepas membuat persembahan lagu solo Srikandi Cintaku dan pertempuran lagu rap Haa Tepok di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Naqiu lagi, dia sedar ada membuat kesilapan semasa persembahan lagu rap nyanyian asal Meerfly bersama MK dan Kidd Santhe.

“Saya tahu saya ada salah lirik semasa persembahan lagu rap. Pada persembahan solo pun, saya pernah dimarahi oleh pengarah muzik Datuk Ramli MS kerana dia mahukan lagu Srikanda Cintaku versi Naqiu.

“Kita tak boleh nafikan kemenangan Hady sebab dia adalah penyanyi yang bagus dan saya akui saya tak boleh lawan dia. Walaupun awal-awal tu kami ‘blur’, kami bersyukur dua-dua dipilih sebagai juara,” kata Naqiu lagi.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.