Pelakon popular Bollywood, Ranveer Singh tampil mengejutkan peminatnya apabila muncul dalam keadaan berb*gel dalam edisi terbaharu majalah Paper.

Foto daripada sesi fotografinya yang tular sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan Ranveer dalam beberapa posisi duduk dan berbaring di atas permaidani dalam keadaan b*gel dan punggungnya yang terdedah.

Bercakap tentang prinsipnya tentang fesyen dalam temuramah bersama majalah terbitan Amerika Syarikat itu, kata bintang filem Bajirao Mastani itu tidak sukar baginya untuk memenuhi tuntutan terbabit.

"Mudah untuk saya berb*gel secara fizikalnya. Namun dalam beberapa persembahan (lakonan), apabila berb*gel, kamu akan lihat jiwa saya. Itu yang sebenarnya b*gel.

"Saya boleh berb*gel di depan ribuan orang, saya tak kisah. Cuma mereka nanti yang tak selesa," ujarnya memetik laporan majalah berkenaan.

Sesi penggambaran itu difahamkan bagi memberikan tribut kepada pelakon legenda Burt Reynolds yang digambarkan sebagai simbol seks dan ikon pop culture Amerika Syarikat.



Sementara itu, lapor India Glitz, menurut sumber pasangan itu sebagai berkata isteri Ranveer, aktres Deepika Padukone menyokong padu tindakan suaminya.

"Malah, Deepika turut serta dalam perbincangan dan sesi penggambaran itu dari awal malah dia mengagumi konsep berkenaan.

"Dia sudah melihat imej-imej berkenaan sebelum tular di Internet. Deepika sentiasa menyokong Ranveer, jadi apabila mahu melakukan sesuatu yang berbeza, dia tidak tersentak," lapor agensi berita antarabangsa.

Untuk rekod, Ranveer pernah tampil separuh berb*gel dalam filem Befikre pada tahun 2016.

Sumber: PAPER Magazine, India Glitz
Foto: PAPER Magazine