Hiburan

"Saya Boleh Menyanyi Live Tapi Keyakinan Tu Kurang" - Luqman Faiz

gempak
Azwa Rahman
22/01/2020
07:52 MYT
Sponsor Banner
"Saya Boleh Menyanyi Live Tapi Keyakinan Tu Kurang" - Luqman Faiz
Penyanyi berbakat Luqman Faiz mengakui kurang berkeyakinan untuk menyanyi secara live di hadapan umum.
Menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia tidak boleh menyanyi dengan baik, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz, 20, menafikan perkara itu.
“Saya boleh menyanyi secara live tapi keyakinan tu kurang. Saya tak yakin suara saya akan sama macam dulu.
“Jadi sebagai alternatif, saya tukar genre muzik kepada lagu berentak rancak, yang lebih memerlukan tenaga dan sesuai dengan suara saya,” ujar Luqman kepada Gempak.
Luqman ditemui ketika Anugerah Era Digital Muzik yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambah Luqman lagi, selain faktor umur, perubahan suaranya yang semakin garau dan besar membuatkan dia sukar untuk membawakan lagu berentak balada.
“Untuk bawa lagu berentak rancak juga saya tahu tidak mudah. Dari segi stamina memang saya kena bersedia sebab lagu berentak rancak ni dia memerlukan tenaga yang besar.
“Selain itu, saya kena bersedia dari segi mental dan fizikal juga dan Insya-Allah awal bulan Februari saya akan keluarkan lagu terbaru berjudul loco-loco,” jelasnya lagi.
Sekadar info, nama Luqman semakin popular setelah single berjudul Kepuraanmu menjadi hit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live