Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Boleh Nyanyi Live, Buktikan Bukan Auto Tune" - Iqbal Ambil Masa 5 Jam Rakam Lagu Baru Gara-Gara...

Hanafis Haris
27/02/2022 05:55 MYT
Usahawan viral dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli percaya perlu ada sikap degil untuk berjaya dalam kehidupan.

Namun, menurut pelantun lagu Hujan ini, degil yang dimaksudkan bukanlah keras kepala atau sukar bekerjasama.

"Kita harus pecahkan rekod hal yang tidak biasa dilakukan orang biasa.

"Sememangnya kita tidak akan menang kesemua bahagian. Namun, apa yang ditujukan itu jelas dan tepat.

"Jika bertanya bagaimana saya boleh membeli jam berharga ratusan ribu ringgit, salah satunya sebab saya lakukan hal yang tidak biasa dilakukan ramai.

"Tidak hanya seratus orang yang menentang selama saya berusaha, bahkan cuma satu dua orang sahaja yang nampak apa yang saya tujukan.

"Asalkan tidak melampaui batas. Contoh situasi, saya sedari awal sudah tahu bahawa saya orang yang susah membaca tempo dalam bernyanyi.

"Berjuta orang memaki dan meremehkan saya. Saya boleh terima sebab ia benar," katanya.

Pun begitu, jelas Iqbal dia akui suaranya masih boleh digunakan untuk tujuan rakaman.

"Ketika rakaman, ada orang akan jaga tempo di depan muka saya. Maka, tiada masalah untuk saya buat rakaman lagu.

"Cuba fikir, adakah buat rakaman lagu ini suatu jenayah? Atau melampaui batas? Tidak kan? Jadi kenapa kita perlu takut.

"Cari saja orang yang mahir hasilkan lagu. Pemilihan harus tepat.

"Suara saya yang anda dengar ini yang raw tanpa edit. Saya boleh nyanyikan secara live untuk buktikan bukan autotune.

"Tetapi bukan di pentas besar kerana saya masih tidak boleh menguasai tempo. Kata Mr @jeffreylovely, rakaman suara biasanya dua jam. Tetapi kerana tempo saya kurang tepat, memakan masa lima jam.

"Sampai Subuh. Mereka tidak mengeluh sedikit pun. Bayaran standard juga malah lebih murah dari biasa," katanya.

Tambahnya. pihak yang bekerjasama dengannya untuk menghasilkan lagu 'Undur Diri' bukanlah orang yang biasa-biasa.

"Di Indonesia, orang yang saya bekerjasama ini bukanlah orang biasa. Menerima banyak anugerah.

"Tapi menghargai apa yang saya mahukan. Tidak sedikit pun meremehkan meskipun mereka semua tahu kelemahan saya. Sering mereka ulang 'Iqbal, jalan terus. Jangan takut. Kami akan bantu," katanya.

Sekadar info, semalam, Iqbal tampil dengan dengan teaser single kedua berjudul Undur Diri.

Lagu terbabit dicipta oleh komposer dari Indonesia Tuan Jeffrey Stefanus yang pernah menghasilkan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth Dellicia Nasution).

BACA: Dinilai Rosakkan Industri Seni, Iqbal Zulkefli Cuba Menyanyi & Mahu Famous

#Viral #Undur Diri #Iqbal