"Saya Buat Bukan Untuk 'Trending'" - Maya Karin
Kamaruddin Razal
01/07/2019 05:34 MYT
01/07/2019 05:34 MYT
Pelakon popular, Maya Karin menjelaskan keprihatinannya berkaitan isu alam sekitar dilakukan dengan ikhlas.
Sering menyebarkan mesej positif mengenai alam sekitar dan kemasyarakatan, tidak pernah terlintas di fikiran Maya untuk melihat apa yang dilakukannya menjadi 'trending' di laman sosial.
"Saya mendapat respon yang sangat baik dari golongan muda, terutamanya di laman Twitter apabila saya berkongsi perkara baik mengenai kesedaran terhadap alam sekitar.
"Saya sendiri terkejut kerana apa yang saya buat selama ini bukanlah untuk meraih populariti seperti 'trending' di laman sosial dan sebagainya.
"Apa yang penting, kesedaran yang dapat disebarkan kepada semua. Saya berharap agar apa yang saya lakukan serba sedikit memberi impak positif terhadap semua pihak," kata Maya.
Mengulas mengenai Maya Karin River Challenge yang menjadi fenomena di laman sosial beberapa bulan lalu, pelakon filem Munafik 2 ini mendedahkan yang semuanya tidak dirancang.
"Saya tak ada 'plan' langsung! Saya sengaja memuat naik foto itu di laman sosial kerana ia memaparkan keindahan sungai kita... Selepas itu, ada peminat yang meniru aksi saya dan menghantarkannya di laman Twitter.
"Saya memuat naik foto terbabit dan akhirnya, ia menjadi ikutan ramai pihak. Saya terkejut kerana saya saya langsung tidak berniat untuk menjadikan ia trending di laman sosial," katanya lagi.
Maya ditemui di sidang media YOKUK20 Karnival 2019 anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang diadakan baru-baru ini.
Bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Julai ini, Maya bersama dua selebriti lain, Fara Fauzana dan Andi Bernadee akan menyertai perlumbaan kerusi roda 'Wheel With Me' sempena penganjuran karnival terbabit.