Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dia mengadakan majlis penyerahan zakat hanya kerana ingin menutup isu hangat yang terjadi kepada dirinya.

Baru-baru ini, Aliff yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) terpalit dengan kontroversi apabila didakwa melabelkan seorang wanita dengan panggilan hodoh.

Aliff juga didakwa mempertikaian warna kulit seorang penyanyi undangan yang membuat persembahan di konsert suku akhir GV5 yang berlangsung dua minggu lalu.

#biarapaorgkata sy pilih mengalah tak semestinya kalah setuju tak?? . . Semalam yg dah tonton GV pastinya dah nampak permohonan maaf saya wsxmjxd. dcc ec ysecara formal dan terbuka,saya post sekali lagi kot2 ada yg tak tgk lagi,jadi semua org x kira TV ke media sosial ke dapat tengok,Saya ni mmg suka minta maaf berulang2 sbb dalam setiap hari saya mmg akan buat salah cuma sedar dan tidak sahaja,selagi nama manusia selagi itu kita akan tetap berbuat silap,apa yg boleh kita buat setiap hari belajar daripada apa yg berlaku dalam kehidupan kita . saya rasa dah sampai masa saya rehat dan fokus dan fokus bisnes lain,saya akan suruh isteri saya utk promote selepas ni dan sambil tu akan didik anak2 saya untuk ajar bisnes sikit2...dan didik dia jadi CEO yg lebih hebat dari saya...bukan yg akan maintain apa yg saya ada tapi yg akan kembangkan dan sy nak besarkan apa yg compny saya mcm @sugeh.resort @romahmakanterlajaklaris @aliff_syukri @palacealiffsyukri @dpinanglaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Berkenaan dengan kontroversi terbabit, saya sudah memohon maaf. Namun begitu, majlis yang berlangsung adalah bukannya untuk menutup isu yang terjadi.

"Majlis ini sudah dirancang enam bulan sebelum ia diadakan dan mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Mana mungkin pihak kami sempat melakukan persiapan dalam masa seminggu.

"Jika masih ada yang tak percaya, boleh tanyakan sendiri dengan LZS. Tujuan saya menguar-uarkan mengenai majlis ini adalah untuk berkongsi perkara yang baik kepada ramai orang.

"Saya juga mahu menjadi motivasi kepada usahawan lain untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan," kata Aliff kepada Gempak.

Majlis penyerahan zakat anjuran D' Herbs Holdings bersama LZS ini merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh Aliff.

syukur..Alhamdullilah, selesai sudah majlis penyerahan zakat pada hari ini bagi pelajar pelajar yang memerlukan lebih dari 1000 org pelajar yg terpilih.. Semua ini dapat dilaksanakan atas sokongan yang saya terima daripada masyarakat malaysia terutama sekali mereka yang menyokong brand saya sehinggakan zakat yg saya keluarkan utk pusat zakat selangor lebih de 1.5juta..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Jika sebelum ini, Aliff menumpukan penyerahan zakat kepada badan kebajikan sahaja, kali ini ia sedikit berbeza apabila Aliff turut memberikan zakat terhadap pelajar sekolah yang memerlukan.

"Syukur, Alhamdullilah... Selain membantu badan kebajikan, kali ini saya turut membantu pelajar yang memerlukan.

"Majlis ini diadakan untuk membantu pelajar untuk mendapat barangan kelengkapan sekolah mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

"Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk membantu mereka dan kami bekerjasama dengan LZS.

"Semua ini dapat dilaksanakan atas sokongan yang saya terima daripada masyarakat Malaysia, terutama sekali mereka yang menyokong jenama saya. Terima kasih saya ucapkan," katanya lagi.

Bertindak sebagai penaja utama GV5, konsert akhir GV5 bakal bersiaran pada 18 November ini.

Ia ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.