“Saya Buat, Saya Mengaku” - Tak Imbas MySejahtera, Najib Razak Sukarela Dikompaun.. Tiada Double Standard

Azwa Rahman
Mac 21, 2021 00:25 MYT
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, mengakui kesilapan beliau tidak mengimbas MySejahtera ketika makan di sebuah kedai nasi ayam di ibu kota.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, Najib meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadapnya kerana kecuaian tersebut.
“Saya buat, saya mengaku. Saya menerima baik kritikan dan pandangan. Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng. Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.
“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.
“Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya. Tidak mengapa,” ujar Beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, kompaun tersebut akan dibayar dalam tempoh tujuh hari untuk mendapat diskaun sebanyak 50 peratus.
“Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini. Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN.
“Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750. Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standards dalam istilah saya.
Sementara itu di ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Dah bayar denda mohon up resit sebagai bukti, bukan apa nanti mesti ramai tak percaya DS,” komen seorang wargamaya.
DSN, Nanti pegang krtas yang bertulis "SAYA DAH DISAMAN, ANDA BILA LAGI”,” usik seorang wargamaya.
Apa boleh buat warga emas selalu Ada masalah lupa. Lagi-lagi tengah lapar. Nanti menggigil satu badan. Satu hal pulak. Untuk elak orang fitnah keji, bayar je denda,” kata seorang wargamaya.
Ini baru betul, tiada double standard, salah mengaku. Terbaik, tak serupa yang lain, cuma beri alasan dan tak mengaku salah,” tulis seorang wargamaya lagi.
#Najib Razak #Ahli Politik #MySejahtera