Laman Utama
“Saya Bukan Ah Long”- Dedah Ramai PM Minta Bantuan Kewangan, Adam Corrie Terpaksa…
Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia sering menerima mesej orang ramai terutama di media sosial yang mahu meminta bantuannya dari segi kewangan.
Menurut Adam dia tidak dapat membantu kerana dia juga hanya bergelar seorang artis biasa dan bukan “Ah Long” (pemberi pinjaman wang tanpa berlesen).
“Setiap hari saya terima mesej meminta tolong daripada segi kewangan. Kena kejar dengan ah long kena kejar dengan bank sebab tak bayar hutang.
“Saya bukan ah long. Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan ah long. Saya artis biasa sahaja.
“Saya tak boleh nak payung (membantu) kerana di luar kemampuan saya,” katanya.
Pelakon filem KL Gangster itu berkongsi perkara berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama anak lelakinya Fateh sedang berada di sebuah restoran.
Bagaimanapun, Adam tetap cuba membantu dengan memberikan kontak seperti nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk rujukan kepada mereka yang berkenaan.
“Saya hanya akan berikan nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk tuan puan hubungi meminta bantuan,” katanya.
Selain KL Gangster, Adam yang merupakan seorang mualaf itu turut membintangi filem-filem yang menampilkan watak sebagai seorang gangster dan antagonis dalam Bohsia: Jangan Piliha Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan banyak lagi.