"Saya Bukan Artis Top, Tapi..." - Zila Bakarin

Asraf Aided
Januari 14, 2019 10:06 MYT
Pelakon Zila Bakarin berasa gembira kerana bilangan pengikutnya di Instagram (IG) telah meningkat.
Menurut Zila, dia bukanlah seorang artis yang sangat popular dan tidak kisah dengan bilangan pengikut yang tidak begitu ramai.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun IGnya buat tatapan umum.
"Saya bukan artis top, itu sebab saya tak kisah followers saya tak ramai, tapi saya bangga ada followers yang sangat baik.
"Mereka selalu memberi kata-kata semangat kepada saya dan saya pun jenis bukan semua benda nak tunjuk, itu sebab followers macam tu saja.
"Dah bertahun followers tak naik, tiba-tiba malam tadi mencecah 188 ribu berbanding sebelum ini hanya 187 ribu," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zila turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sudi mengikutinya di laman sosial terbabit.
Zila mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan kerap membuat kemunculan menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.
#Zila Bakarin