Berita
"Saya Bukan Budak Muda Nak 'Up' Perlukan Setiap Inci Publisiti" - Farahdhiya
Selebriti Farahdhiya bukan saja berbakat sebagai penyanyi tapi mampu memberikan lakonan berkesan pada penonton khususnya ketika membawa karakter antagonis.
Jelasnya, dia masih aktif berlakon cuma bersikap memilih watak yang sesuai selain sibuk mengadakan persembahan nyanyian.
"Meskipun sibuk tapi sekurang-kurangnya masih ada masa bersama keluarga. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat watak ditawarkan.
"Sudah lama saya tidak mendapat watak antagonis cuma jangan bagi saya watak ibu pada anak yang berusia 20-an yang beza usia cuma beberapa tahun dan saya tak akan buat melainkan ibu pada anak kecil tak mengapa," katanya kepada Astro Gempak.
Akuinya, dia lebih suka watak jahat kerana ia lebih banyak memberi kepuasan.
"Dulu asal berlakon, watak jahat tapi sekarang bermacam watak ditawarkan seperti komedi, baik dan bertudung.
"Bagi saya, tidak salah pelakon lain yang terus berlakon tanpa memilih watak," katanya.
Farahdhiya yang ditemui di Hannan Medispa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan pengalaman menyertai program Gegar Vaganza 2 adalah momen terbaik dalam karier seninya.
"Ada peminat kata saya senyap tapi jika 'follow' Instagram, saya masih ada di sana.
"Saya kurang keluar di TV tapi masih aktif bekerja. Saya bukan budak muda nak 'up' yang perlukan setiap inci publisiti.
"Kadang-kadang ada 'call' daripada media minta 'photoshoot' tapi saya kata segan sebab tiada cerita baru jadi tak perlu.
"Saya bukan individu yang reka cerita entah apa-apa. Dah jadi trend orang reka cerita untuk 'meletup'. Bagi saya, 'just follow the flow' janji kerja ada," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Must-Watch Video