Pelakon dan usahawan Didie Alias bengang apabila terdapat segelintir produksi yang tidak mempunyai bajet namun memberikan tawaran berlakon kepadanya.

Jelas Didie, dia terpaksa menolak tawaran yang lain disebabkan menunggu kata putus daripada pihak terbabit.

"Saya rasa dah lama berlakon, jadi untuk pembantu penerbit atau penerbit yang nak tawarkan saya untuk berlakon, pastikan ada bajet.

"Kalau tak ada bajet, jangan hubungi saya. Korang 'hold' selama seminggu sehinggakan saya perlu menolak beberapa tawaran yang lain.

"Tapi akhirnya bila esok lusa dah nak mula penggambaran, saya dibuang macam tu je dengan alasan bajet tak ada," katanya menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pemilik nama Fadzilah Mohd Ali ini berasa kecewa dengan sikap lepas tangan yang menunding jari kepada stesen televisyen.

"Mahal sangat ke harga yang saya letak dekat korang? Kalau macam tu jangan cadangkan nama saya dekat stesen televisyen. Nama dah diluluskan tapi hujung-hujung bajet tak ada.

"Saya bukan minta sampai RM5,000 untuk sejam punya slot.

"Saya tanya awak diam dan akhirnya stesen TV yang disalahkan.

"Apa masalah korang? Stesen TV hanya meluluskan artis. Saya pernah jadi penerbit," katanya lagi.

Didie turut berkongsi 'screenshot' perbualannya bersama individu yang bernama Irda yang memohon maaf kerana membuatnya menunggu lama.

Sekadar info, Didie mula aktif di industri hiburan pada tahun 1988 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.

KALAU TAKDE BUDGET JANGAN PANGGIL AKU PUKIMAK‼️‼️

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on